Perumpamaan
☼ Seperti rusa masuk kampung
♦ Maksud – tercengang-cengang kehairanan
√ Ayat – Pemuda dari kampung itu tercengang-cengang seperti rusa masuk
kampung kerana kali pertama tiba di Kuala Lumpur.
☼ Bagai isi dengan kuku
♦ Maksud – hubungan yang sangat akrab
√ Ayat – Hubungan Irfan dan Mala sangat rapat bagai isi dengan kuku.
2. Bidalan
☼ Ada udang di sebalik batu
♦ Maksud – mempunyai niat tertentu di sebalik perbuatan yang dilakukan
√ Ayat – Sikap Fahmi seperti ada udang di sebalik batu setelah mengetahui
Datin Farida adalah seorang janda kaya.
☼ Nasi sudah menjadi bubur
♦ Maksud – perbuatan/keterlanjuran yang tidak boleh dibaiki
√ Ayat – “ Tidak guna menyesali perbuatan yang telah lalu kerana nasi telah
menjadi bubur,” kata Mak Limah kepada anaknya, Khalil.
3. Pepatah
☼ Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
♦ Maksud – seseorang yang terpaksa bekerja keras kerana miskin
√ Ayat – Walaupun Pak Halim bekerja keras selama berpuluh-puluh tahun,
namun kehidupannya masih seperti dahulu ibarat kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang.
☼ Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
♦ Maksud – sikap tolong-menolong akan memudahkan sesuatu kerja.
√ Ayat – Majlis perkahwinan anak Pak Ali berlangsung dengan lancar hasil
pertolongan penduduk kampung dan saudara-maranya seperti pepatah berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing.
4. Simpulan Bahasa
☼ Raja sehari
♦ Maksud – pengantin baru
√ Ayat - Abang saya akan menjadi raja sehari pada minggu hadapan.
☼ Rambang mata
♦ Maksud – sukar memilih kerana semuanya sama
√ Ayat – Puan Azmira rambang mata semasa memilih baju di pasar raya itu
kerana semuanya cantik.
5. Kata-kata Hikmat
☼ Ilmu itu pelita hidup
♦ Maksud – ilmu pengetahuan menjamin kehidupan seseorang
√ Ayat – Kita tidak seharusnya jemu menuntut ilmu kerana ilmu itu pelita hidup.
☼ Bahasa jiwa bangsa
♦ Maksud – bahasa ialah semangat sesuatu bangsa
√ Ayat – Penduduk negara ini bangga menggunakan bahasa kebangsaan
kerana bahasa jiwa bangsa.