☼ Seperti ayam berak kapur
♦ Maksud – Muka pucat dan tidak bermaya.
√ Ayat – Oleh kerana dia tidak sihat, rupanya pucat seperti ayam berak kapur.
Bidalan
☼ Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga
♦ Maksud – Budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun orang itu sudah
meninggal dunia.
√ Ayat - Walaupun Encik Siva sudah lama meninggal, budi baiknya masih dikenang
oleh Hilman, baka kata pepatah hancur badan dikandung tanah, budi baik
dikenang juga.
Pepatah
☼ Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
♦ Maksud – Menunjukkan kesyukuran atas pemberian kepada kita.
√ Ayat – Dia berterima kasih di atas pertolongan ikhlas jiran-jirannya yang telah
menderma untuk pembedahan anaknya, seperti kecil tapak tangan, nyiru
ditadahkan.
Simpulan Bahasa
☼ Mencolok mata
♦ Maksud – Perbuatan yang tidak sedap dipandang.
√ Ayat – Tuk Usu menegur cucu perempuannya yang memakai pakaian mencolok
mata.
No comments:
Post a Comment