Perumpamaan
☼ Bagai si kudung mendapat cincin
♦ Maksud – Orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh.
√ Ayat – Dia bagai si kudung mendapat cincin kerana tidak dapat tinggal di rumah pusaka yang diwarisinya.
Bidalan
☼ Biar mati anak jangan mati adat
♦ Maksud – Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban.
√Ayat – Masyarakat masih mengamalkan banyak adat istiadat lama kerana mereka percaya biar mati anak jangan mati adat.
Pepatah
√ Biar putih tulang, jangan putih mata
♦ Maksud – Rela mati daripada mendapat malu.
☼ Ayat – Mereka sanggup berjuang bermati-matian untuk kemerdekaan negara kerana biar putih tulang, jangan putih mata.
Simpulan Bahasa
√ Buah fikiran
♦ Maksud – Pendapat.
☼ Ayat – Mereka diminta memberi buah fikiran untuk menyelesaikan masalah itu.
Kata-Kata Hikmat
√ Bahasa menunjukkan bangsa
♦ Maksud – Daripada budi bahasa dan kelakuan, orang dapat menilai peribadi dan asal-usul kita.
☼ Ayat – Semasa berbual dengan pelancong-pelancong dari luar negara, kita mesti bertutur dengan sopan kerana bahasa menunjukkan bangsa.